top of page

Runtuhan cerun: Lorong kecemasan, perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya LEKAS ditutup


ree

ree

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Lorong kecemasan dan lorong perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) ditutup susulan kejadian runtuhan cerun.


LEKAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan dua lorong terbabit bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas dilaksanakan.


“Pelan Pengurusan Trafik dan pemantauan 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan lebuh raya dan pengguna lebuh raya.

ree

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik dan papan tanda semasa melalui lokasi kejadian. Segala kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.


Orang ramai boleh menghubungi talian infoline LEKAS di 1-800-888-021 bagi mendapatkan bantuan atau sebarang pertanyaan.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page