top of page

Rumusan tenaga lestari diramal terus menjadi pemacu utama pendapatan KAB pada FY24


Rumusan tenaga lestari diramal terus menjadi pemacu utama pendapatan KAB pada FY24

Rumusan tenaga lestari diramal terus menjadi pemacu utama pendapatan KAB pada FY24

KUALA LUMPUR 6 Mei - Segmen rumusan tenaga lestari (SES) diramal terus menjadi pemacu pertumbuhan utama FY24 bagi Kinergy Advancement Bhd selepas membuahkan hasil positif pada tahun sebelumnya.


Segmen itu merangkumi rumusan penjanaan tenaga bersih (CE), penjanaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan rumusan cekap tenaga (EE).


Menerusi segmen itu, kumpulan itu kini menguruskan 27 projek dan mempunyai kehadiran yang luas di Thailand, Indonesia dan Filipina.


Bilangan aset konsesi meningkat daripada enam kepada 14 pada 31 Disember 2023, berbanding akhir tahun sebelumnya. Aset itu termasuk rumusan tenaga yang pelbagai seperti loji penjanaan bersama, kemudahan pemulihan haba sisa, sistem solar fotovoltaik (PV), loji biogas dan loji hidro mini.


Timbalan Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan KAB, Datuk Lai Keng Onn berkata, rancangan strategik kumpulan ke arah menjadi penyedia rumusan tenaga mampan telah mula membuahkan hasil positif.


"Pengembangan inisiatif SES meletakkan kami dalam kedudukan kukuh dalam pasaran tenga global dan ia sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia dan sasaran kemampanan yang lebih luas


"FY24 dijangka menandakan satu lagi lonjakan ketara ke hadapan, dengan merealisasikan pelbagai prospek dalam segmen SES," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu, KAB terus berkembang pesat selepas mencatatkan untung bersih sebanyak RM199.4 juta pada FY23 dengan buku pesanan hamper RM1 bilion menjelang akhir tahun lalu dan tender yang belum selesai berjumlah RM3 bilion untuk mencatatkan pertumbuhan lebih baik pada FY24.


Antara projek yang perlu diberi perhatian termasuk projek loji kuasa enjin gas 52.0 MW yang sedang berjalan di Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang, yang dijadualkan siap pada 2026. Projek itu adalah usaha sama dengan anak syarikat Petronas Gas Bhd (PGB), Sipitang Utilities Sdn. Bhd.


Sebagai tambahan kepada inisiatif strategiknya, KAB baru-baru ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan LCS Holdings Co., Ltd bagi meneroka pembangunan ladang solar 20MW di Filipina dan telah mencadangkan pemerolehan saham dalam Tunjang Tenaga Sdn. Bhd. untuk loji hidro 9.6 MW di Kedah, Malaysia.


Sumber: Dagang News


Rumusan tenaga lestari diramal terus menjadi pemacu utama pendapatan KAB pada FY24

12 views

Comments


bottom of page