top of page

Rumah siap bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual

  • 2 hours ago
  • 2 min read
Gambar hiasan | NSTP
Gambar hiasan | NSTP

KUALA LUMPUR


  1. Jumlah overhang meningkat kepada 32,801 unit (RM16.37 bilion).
    • Pertambahan 7.6% unit berbanding suku sebelumnya.

    • Namun nilai keseluruhan menurun 7.7%, menunjukkan lebihan dalam segmen harga lebih rendah dan penyesuaian harga pemaju.


  2. Rumah bawah RM300,000 kekal paling kritikal.
    • 14,201 unit atau 43.3% daripada keseluruhan overhang.

    • Menunjukkan ketidakpadanan lokasi-harga-permintaan, walaupun kategori ini digelar mampu milik.


  3. Overhang mengikut rentang harga menunjukkan ketidakseimbangan penawaran.
    • RM300,001 - RM500,000: 8,283 unit.

    • RM500,001 - RM1,000,000: 7,623 unit.

    • Melebihi RM1 juta: 2,694 unit.

    • Data ini menunjukkan tekanan permintaan lebih ketara dalam segmen pertengahan dan tinggi.


  4. Rumah bertanah mencatat overhang tertinggi (18,180 unit).
    • 55.4% daripada keseluruhan unit tidak terjual.

    • Menunjukkan isu lokasi, akses dan rangkaian pengangkutan kurang menarik di kawasan pinggir bandar.


  5. Rumah bertingkat tinggi (14,621 unit).
    • 44.6% daripada keseluruhan unit tidak terjual.

    • Banyak berkait dengan kebergantungan terhadap pembeli pelaburan yang kini lebih berhati-hati.


  6. Negeri Penyumbang Overhang Tertinggi
    • Perak mencatat tertinggi (4,063 unit).

    • Diikuti Johor (3,852 unit), Selangor (3,745 unit) dan Kuala Lumpur (3,733 unit).

      • Johor dan KL turut berdepan isu ketepuan produk serta spekulasi era sebelum pandemik.


  7. Projek berusia 6 - 10 tahun mendominasi overhang (13,429 unit).
    • Menunjukkan produk lama masih tidak berjaya dipasarkan walaupun telah siap.

    • Berpotensi menjadi stok terbiar jangka panjang.


  8. 9,436 unit berusia bawah 3 tahun turut tidak terjual.

    Menunjukkan masalah penawaran masih berterusan walaupun kadar pembangunan baharu menurun.


  9. Pangsapuri Khidmat (Serviced Apartment)
    • 19,263 unit tidak terjual, meningkat dari suku sebelumnya.

    • Johor (9,972 unit) mencatat angka tertinggi.

    • 58.5% unit tidak terjual berada dalam kategori harga RM500k - RM1 juta. Segmen ini paling terkesan oleh permintaan sebenar yang perlahan dan keupayaan pembiayaan yang lemah.


  10. Dinamik Permintaan & Tingkah Laku Pengguna
    • Pengguna semakin berhati-hati akibat kos sara hidup dan ekonomi tidak menentu.

    • Pembeli rumah pertama paling terjejas, menyebabkan pemilikan pertama bergerak perlahan walaupun insentif ditambah.


  11. Tren Transaksi Pasaran Q1 2026
    • Hampir 90,000 transaksi harta tanah bernilai RM51 bilion direkodkan.

    • Namun bilangan transaksi turun 8% dan nilai transaksi turun 0.6% berbanding tahun lalu.

    • Subsektor kediaman mendominasi 53,000 transaksi (58.8% pasaran).


  12. Langkah Kerajaan
    • Sokongan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) RM20 bilion untuk 80,000 pembeli.

    • Lanjutan pengecualian duti setem rumah pertama sehingga RM500,000 hingga akhir 2027.

    • Kerangka Ekonomi MADANI dijangka membantu mengekalkan kestabilan pasaran.


Harian Metro | Sri Ayu Kartika Amri


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page