RTB Johor berdepan isu bom lama dan kubur bangsawan

JOHOR
Gambaran Keseluruhan Projek RTB Johor
Johor mempunyai 11 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM2.6 bilion.
10 projek bergerak mengikut jadual dan dijangka siap 2027, manakala 1 projek (Empangan Sembrong)mengalami kelewatan kerana perubahan reka bentuk.
Isu Bom Lama – Segamat (Sungai Gatom, Labis)
Penemuan bom lama di tapak projek RTB Segamat Fasa 3.
Lokasi: Tapak masjid di tebing Sungai Gatom, Labis.
Risiko keselamatan tinggi untuk pekerja serta kawasan sekitar.
Tindakan penyelarasan antara agensi keselamatan dan teknikal:
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Kementerian Dalam Negeri
Polis Diraja Malaysia
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Status terkini:
Penyediaan BQ untuk kerja pembersihan tapak.
Sasaran pembersihan selesai sebelum Jun tahun depan.
Projek disasarkan siap lebih awal pada 2027 berbanding 2029.
Isu Kubur Bangsawan Aceh – Kota Tinggi (Sungai Pemandi)
Penemuan 307 kubur lama, sebahagian dengan batu nisan Aceh dipercayai milik bangsawan/tokoh terdahulu.
Lokasi: Kampung Panti & Makam Danau Raja.
Isu sensitif yang memerlukan pengurusan beradab & patuh syarak.
Libat urus dengan MAIJ & Pejabat Kadi.
Fatwa dikeluarkan untuk proses pemindahan kubur.
Status kerja:
Pemindahan dijangka selesai sebelum Februari tahun depan (elak bulan puasa & raya).
Semua halangan berjaya diatasi tanpa menjejaskan jadual projek.
Projek Lain Mengikut Daerah
Segamat
RTB Segamat Fasa 3 (Isu bom lama)
1 lagi projek tanpa isu besar.
Muar & Tangkak
RTB Lembangan Sungai Muar Fasa 2 (Pintasan Tanjung Olak)
Kontraktor asal ditamatkan kerana gagal siapkan.
Peruntukan tambahan lulus.
Pelaksanaan semula berjalan, siap 2027.
Batu Pahat
RTB melibatkan Pekan Parit Sulung, Seri Medan.
Projek Yang Lewat: Empangan Sembrong
Isu: Fungsi asal untuk tadahan air hujan, namun kini air digunakan untuk Loji Rawatan Air Sembrong.
Air yang sepatutnya dilepaskan selepas 6 bulan ditakung lebih lama, memerlukan reka bentuk baharu yang lebih tahan lama.
Proses reka bentuk sedang berjalan → jangka masa siap tertunda.
Projek Tambahan Diluluskan (RM300 juta)
Kerajaan meluluskan empat projek tambahan:
Sungai Mengkibol
Sungai Sayong
Sungai Ca’ah
Sungai Masai
Malaysia Gazette | Zulhisham Isahak





Comments