top of page

RnR Seremban hentian pertama berteknologi hijau


RnR Seremban hentian pertama berteknologi hijau
Gambar hiasan: Hentian rehat & rawat Seremban

RnR Seremban hentian pertama berteknologi hijau

SEREMBAN: Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (Arah Selatan) yang kini dalam proses menaik taraf akan menjadi hentian pertama di negara ini yang direka bentuk menggunakan teknologi hijau.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, RnR berkonsepkan kontemporari, moden serta mempunyai kemudahan awam bertaraf tinggi itu dijangka siap dinaik taraf pada bukan Oktober depan.


“RnR Seremban yang dinaik taraf merupakan kawasan RnR pertama yang menawarkan konsep teknologi hijau. Ia merupakan lokasi persinggahan pengguna lebuh raya paling ramai iaitu lebih 25,000 pengguna seminggu yang berhenti di sini.


“Tujuan lawatan pada hari ini adalah memastikan kesiapsiagaan hentian RnR ini yang dijangka akan mula dibuka sebahagian pada Ogos dan pada Oktober akan dibuka sepenuhnya dengan dilengkapi kemudahan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek naik taraf RnR berkenaan hari ini.


Jelas beliau, sebanyak RM45 juta diperuntukkan bagi membina semula RnR Seremban itu yang bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 10 buah gerai makanan, lapan premis perniagaan satu tingkat, tiga lot perniagaan dua tingkat, 18 kiosk, 10 push cart, lima penjaja bergerak, empat mesin layan diri serta taman permainan kanak-kanak.


Sementara itu, Abdul Rahman berkata, bagi menyokong industri kenderaan elektrik (EV) di negara ini, PLUS menyasarkan untuk menyediakan 100 Direct Current Fast Chargers (DCFC) menjelang tahun 2025.


“Ketika ini, sebanyak 22 DCFC beroperasi ketika ini bagi semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad. Inisiatif ini juga dilaksanakan melalui kerjasama diantara Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS dan syarikat Charge Point Operator (CPO) tempatan dan antarabangsa.


“RnR Seremban (Arah Selatan) akan turut dilengkapi lapan charging point di kawasan parkir kenderaan. Pihak PLUS juga berkolaborasi dengan CPO tempatan bagi membangunkan sebuah hyperstation EV pertama Malaysia di sini,” katanya.


Sumber: Utusan


RnR Seremban hentian pertama berteknologi hijau


15 views
bottom of page