top of page

Reservoir Link tubuh syarikat kerjasama laksana projek solar PV di Kedah


Reservoir Link tubuh syarikat kerjasama laksana projek solar PV di Kedah
Reservoir Link

Reservoir Link tubuh syarikat kerjasama laksana projek solar PV di Kedah

KUALA LUMPUR 25 Mac - Reservoir Link Energy Bhd akan menubuhkan syarikat kerjasama (JV) bagi melaksanakan projek solar fotovoltaik (PV) pemasangan tanah di Kedah.


Kumpulan itu menerusi Reservoir Link Renewable Sdn Bhd (RLR) pada 20 Mac 2024 memeterai perjanjian pemegang saham bersama Sumitomo Corporation (SC) yang berpangkalan di Jepun, MAQO Engineering Sdn Bhd (MESB) dan SRM Utama Selambau Sdn Bhd (SUS) bagi melaksanakan projek tersebut. 


"Menerusi perjanjian itu, SC akan memegang 49% ekuiti dalam syarikat kerjasama itu manakala RLR memegang 29% dan MESB memegang baki 22%," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.


SC ialah syarikat perdagangan dan pelaburan perniagaan global Fortune 500 dengan kehadiran di 108 lokasi antarabangsa dan 20 lokasi di Jepun.


Syarikat itu menjalankan urus niaga komoditi dalam semua industri menggunakan rangkaian di seluruh dunia, menyediakan pelanggan berkaitan dengan pelbagai pembiayaan, dan berfungsi sebagai penganjur dan penyelaras untuk pelbagai projek.


MESB ialah syarikat tenaga solar dan pemasang panel solar di Malaysia yang membekalkan tenaga bersih kepada pemilik rumah kediaman kepada sistem tenaga solar komersial dan perindustrian berskala penuh dan projek ladang solar.


Perjanjian pemegang saham itu tidak akan mempunyai sebarnag kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Reservoir Link selain tiada kesan ke atas aset bersih sesaham dan penggearan kumpulan.


Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya selepas berjaya melaksanakan projek itu.


Sumber: DagangNews


Reservoir Link tubuh syarikat kerjasama laksana projek solar PV di Kedah

bottom of page