top of page

Reservoir Link dapat empat kontrak solar dalam masa dua bulan


Reservoir Link Energy Bhd
Reservoir Link Energy Bhd

KUALA LUMPUR: Reservoir Link Energy Bhd (Reservoir Link), penyedia perkhidmatan berkaitan tenaga, menerusi 51 peratus anak syarikat miliknya, Founder Energy Sdn Bhd, memperoleh empat kontrak solar antara bulan Februari dan Mac 2023.


Pengarah Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata, kontrak itu secara keseluruhannya mempunyai nilai RM7.16 juta dengan jumlah kapasiti 76.14 MWp.


Katanya, dengan memanfaatkan kepakaran kumpulan dan rekod prestasi yang kukuh, Reservoir Link akan terbabit dalam pembangunan projek solar berskala besar serta pelbagai kemudahan penjanaan kuasa atas bumbung solar.


"Projek-projek ini terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis yang disasarkan siap pada November 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau menambah, memandangkan industri solar boleh diperbaharui mendapat lebih perhatian, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa syarikat baru-baru ini memperoleh empat kontrak tambahan, yang menjadi bukti permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga solar.


"Kepercayaan pelanggan kami terhadap perkhidmatan kami adalah berdasarkan prestasi cemerlang Reservoir Link yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti cemerlang.



"Kontrak ini menyerlahkan kepakaran dan keupayaan kami dalam industri tenaga solar dan kami yakin ini akan membawa kepada peluang selanjutnya pada masa hadapan.


"Kami kekal komited untuk menyediakan penyelesaian tenaga solar yang mampan dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau," katanya.


Sumber: Berita Harian


 
 
 

Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page