top of page

Ranhill Utilities raih kontrak MMHE RM15 juta


Ranhill Utilities raih kontrak MMHE RM15 juta Berita Harian www.bharian.com.my
Gambar Model 3D Platform Rosmari-Marjoram, tanpa pemandu dan dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga bersih dan suria.

KUALA LUMPUR: Perunding Ranhill Worley Sdn Bhd (PRW), anak syarikat Ranhill Worley Sdn Bhd, berjaya meraih kontrak kejuruteraan reka bentuk terperinci (DDE) bernilai RM15 juta daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE).


Ranhill Utilities Bhd dalam satu kenyataan, berkata kontrak DDE itu membabitkan tempoh kira-kira enam bulan di Sarawak bagi Sarawak Shell Bhd.


"Aspek kontrak dan skop kerja bagi projek itu akan dilaksanakan oleh Ranhill Worley," katanya.


Ranhill Worley adalah anak syarikat Ranhill Utilities, sebuah konglomerat dengan kepentingan dalam sektor alam sekitar serta tenaga.


Mengikut kontrak MMHE, PRW akan menyediakan perkhidmatan DDE bagi projek gas Rosmari-Marjoram di luar pesisir Bintulu, Sarawak dan platform terbabit akan dipasang pada kedalaman 140 meter di kawasan SK318 apabila siap kelak.


"Kuasa platform ini akan dijana oleh tenaga boleh baharu daripada panel solar.


"Reka bentuk dengan jangka hayat selama 20 tahun itu akan membolehkan kemudahan ini menampung sehingga 800 juta kaki padu gas sehari dengan permulaannya disasarkan pada 2026 untuk pembekalan gas asli ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu," katanya.


Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Eksekutif, Ranhill Utilities, Tan Sri Hamdan Mohamad, berkata kontrak bagi platform luar pesisir berkuasa solar itu dijangka mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan sebagai penyedia utama perkhidmatan kejuruteraan serta reka bentuk kemudahan minyak dan gas dalam mengetengahkan masa depan yang mampan.


"Seiring dengan usaha kami untuk mewujudkan dunia lebih mampan, Ranhill Worley juga komited untuk bekerjasama dengan pelanggan dan mengemudi proses peralihan tenaga mereka bagi penyahkarbonan pengekstrakan hidrokarbon," katanya.


Sumber: Berita Harian


5 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page