top of page

Rancangan bina laluan Melaka-Dumai realistik


Rancangan bina laluan Melaka-Dumai realistik Utusan Malaysia www.utusan.com.my
Gambar hiasan: Peta jarak Melaka ke Dumai

ree

MELAKA: Rancangan kerajaan negeri membina laluan menghubungkan Melaka ke Dumai, Indonesia adalah realistik, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.


Beliau berkata, saranan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengenai projek itu adalah munasabah dan boleh dilaksanakan.


Bagaimanapun, katanya, pelaburan yang agak tinggi diperlukan bagi membina laluan berkenaan.


“Saya yakin beliau (Ab. Rauf) sebagai Exco Pelaburan mampu menarik pelabur-pelabur yang boleh merealisasikan jambatan dari Melaka ke Sumatera di Indonesia. Kalau kita tengok dalam peta dunia pun ia (lokasi) adalah titik pertemuan yang paling hampir.


“Kemungkinan ada dua jambatan iaitu dari Semenanjung ke Pulau Rupat dan kemudian ke Sumatera. Buat masa ini dari Pulau Rupat ke Sumatera sudah ada perkhidmatan feri pengangkut Roll On Roll Off (RORO).


“Saya difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman akan berjumpa Gabenor Sumatera untuk merealisasikan beberapa perkara termasuk RORO,” katanya dalam sidang akhbar Sambutan Penerbangan Pertama Batik Air ke Melaka di sini, semalam.


Terdahulu, akhbar melaporkan, Ab. Rauf memaklumkan Melaka akan membina jajaran baharu yang menghubungkan Malaysia dan Sumatera melalui Telok Gong, Masjid Tanah di sini ke Dumai dan bakal membawa limpahan ekonomi baharu kepada kedua-dua pihak.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa kerajaan negeri berhenti membuat pengumuman secara membuta tuli tanpa maklumat yang lengkap dan konsisten berkenaan perancangan membina laluan menghubungkan Melaka ke Dumai.


Tambahnya, Kerajaan Persekutuan juga perlu menyatakan pandangan dan pendirian terhadap projek berkenaan, memandangkan ia merupakan satu projek infrastruktur awam yang besar dan melibatkan kerjasama dengan Indonesia.


Sumber: Utusan


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page