top of page

Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional KKR kurangkan karenah birokrasi


Kementerian Kerja Raya (KKR)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya sebagai langkah persediaan pendigitalan dalam sektor pembinaan.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pembangunan platform NCIP selaras Dasar Pembinaan Negara 2030.


Katanya, menerusi platform NCIP, KKR akan lebih bersedia dengan proses perkongsian data yang lebih berkualiti dan berintegriti serta dilakukan dengan lebih berhemah.


"Apa yang kita lakukan hari ini untuk memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat bagi memastikan usaha memudahkan urusan dan mengurangkan karenah birokrasi dalam proses kerja seharian di peringkat KKR dan agensinya.


"Saya berharap pembangunan NCIP akan turut menyokong segala usaha pemerksaan, penyampaian perkhidmatan, pendaya upayaan data rata analitik dan perkongsian data," katanya pada majlis prapelancaran NCIP di sini, hari ini.


Yang turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.


Alexander berkata, NCIP merangkumi dua sistem utama iaitu sistem Centralised Regulations Repository (CRR) dan National Construction Centralised Data Repository (NCDR).


Katanya, CRR bagi dokumen perundangan dan peraturan, manakala NCDR menyatupadukan keseluruhan butiran data di KKR dan agensinya bagi membolehkan pelaksanaan analisis data raya di peringkat kementerian.


"Pembangunan sistem CRR sudah bermula pada Jun 2023, setakat ini berjaya mengumpulkan sebanyak 726 dokumen rasmi perundangan dan peraturan.


"Platform NCIP ini bersifat telus dan jelas supaya proses kerja KKR dan agensinya dapat memenuhi komitmen Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan sifat keterbukaan pasaran di peringkat antarabangsa," katanya.


Beliau berkata, KKR bersama agensinya akan terus memberi penekanan dalam meningkatkan kecekapan kaedah penyampaian perkhidmatan melalui platform digital.



7 views

Коментарі


bottom of page