Pulau Pinang kuat kuasa garis panduan penginapan pekerja mulai 1 September
- Aug 18
- 2 min read

PULAU PINANG
Garis panduan baharu berkuat kuasa 1 September 2026
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan Garis Panduan Penginapan Pekerja Tempoh Terhad di Kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang 2026.
Garis panduan ini diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN) pada 12 Ogos 2026dan mula berkuat kuasa 1 September 2026.
Ia merupakan pendekatan interim, bukannya pengganti kepada Centralised Labour Quarters (CLQ).
Matlamat utama adalah mengurus keperluan penginapan pekerja secara lebih tersusun sementara kapasiti CLQ negeri belum mencukupi.
Fokus kepada kawasan perniagaan dan perindustrian
Penginapan pekerja tempoh terhad hanya dibenarkan di kawasan perniagaan dan perindustrian yang memenuhi syarat ditetapkan.
Pendekatan ini penting dari perspektif perancangan bandar kerana kerajaan mahu mengurangkan kesan penginapan pekerja terhadap:
kawasan perumahan;
keselamatan penduduk;
kesesakan;
kesejahteraan pekerja;
komuniti setempat; dan
kesesuaian guna tanah.
Penginapan pekerja semakin dilihat sebagai sebahagian daripada infrastruktur sokongan industri, bukannya isu penginapan semata-mata.
Permit PBT dan COA menjadi keperluan utama
Pengusaha/operator perlu mendapatkan permit daripada PBT terlebih dahulu.
Selepas itu, permohonan Sijil Penginapan Pekerja (Certificate of Accommodation – COA) perlu dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang.
Operator tidak boleh menganggap penyediaan ruang penginapan sebagai aktiviti bebas daripada kawal selia PBT dan JTK.
Struktur fi berdasarkan keluasan unit
750 kaki persegi dan ke bawah: RM1,500 bagi setiap unit bagi setiap permohonan.
751 kaki persegi dan ke atas: RM3,500 bagi setiap unit bagi setiap permohonan.
Struktur fi berdasarkan keluasan ini memberi implikasi kepada kos pematuhan dan viability operasi penyedia penginapan pekerja.
Dua pendekatan reka bentuk penginapan
Garis panduan turut membezakan keperluan berdasarkan jenis reka bentuk:
Dormitori/asrama
Keluasan tempat tidur: 3 m² bagi setiap pekerja.
Nisbah tandas: 1 tandas bagi setiap 15 pekerja.
Pangsapuri
Keluasan: 3.6 m² bagi setiap pekerja.
Nisbah tandas: 1 tandas bagi setiap 6 pekerja.
Ini memberi implikasi kepada arkitek, perunding, pemaju dan kontraktor kerana susun atur ruang, kapasiti penghuni, sanitasi dan kemudahan sokongan perlu dirancang sejak peringkat awal.
TLQ kekal sebagai penyelesaian sementara
Pulau Pinang sebelum ini memperkenalkan garis panduan TLQ pada 1 Januari 2024.
Kelulusan TLQ bersifat sementara selama tiga tahun dan berakhir pada 31 Disember 2027.
Kerajaan negeri menegaskan TLQ tidak boleh dianggap sebagai penginapan kekal.
Pekerja akhirnya perlu ditempatkan dalam kemudahan penginapan berpusat yang lebih tersusun.
CLQ kekal sebagai hala tuju jangka panjang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengekalkan Centralised Labour Quarters (CLQ) sebagai penyelesaian jangka panjang.
Berdasarkan rekod yang dilaporkan dalam Dewan Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri sebelum ini menyasarkan ketersediaan CLQ menjelang 2028.
Garis panduan baru ini boleh dilihat sebagai jambatan peralihan antara keperluan tenaga kerja semasa dengan sasaran pembangunan kapasiti CLQ.
Buletin Mutiara | Ainul Wardah Sohilli




Comments