Proses kelulusan Persekutuan punca kelewatan pembaikan Jalan Persekutuan di Pahang
- May 7
- 1 min read

PAHANG
Faktor utama kelewatan pembaikan Jalan Persekutuan di Pahang
Setiap kerosakan perlu melalui proses penilaian teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (turun padang, semakan fizikal, pengesahan tahap kerosakan).
Penyediaan Notice of Defect (NOD) lengkap dengan anggaran kos sebelum dihantar ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) di peringkat Persekutuan.
Projek tidak boleh dimulakan tanpa kelulusan peruntukan daripada ibu pejabat JKR Persekutuan.
Menurut YB Dato’ Ir. Razali Kassim, faktor birokrasi kelulusan peringkat Persekutuan menjadi punca utama kelambatan.
Kekangan undang-undang dan tatakelola
Kerajaan Negeri Pahang tidak dibenarkan menggunakan peruntukan negeri untuk membaiki jalan di bawah bidang kuasa Persekutuan.
Pelaksanaan tanpa kuasa boleh dianggap melanggar peraturan tatakelola.
Struktur tanggungjawab jalan di Malaysia
Jalan Persekutuan:
Diselaras oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya.
Panjang di Pahang lebih kurang 8,000 km.
Menampung trafik tertinggi kerana fungsi laluan penghubung antara negeri.
Jalan Negeri:
Panjang lebih kurang 2,500 km di Pahang.
Menghubungkan daerah dan bandar kecil.
Usaha Kerajaan Negeri Pahang
Kerajaan Negeri mempercepatkan permohonan peruntukan apabila kerosakan dianggap kritikal dan memerlukan tindakan segera.
Hubungan komunikasi langsung dengan KKR dan JKR peringkat tertinggi dipertingkat untuk meminimumkan masa kelulusan.
Pahang Media | Aimi Syafiqa Khairi




Comments