top of page

Projek tambak, nelayan dipindahkan ke jeti Klebang


Projek tambak, nelayan dipindahkan ke jeti Klebang Kosmo www.kosmo.com.my
Gambar hiasan: Projek tambak laut

MELAKA – Kerajaan negeri akan menempatkan nelayan di Kota Laksamana yang terjejas akibat kerja-kerja tambakan laut secara berkelompok di jeti nelayan Klebang.


Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, turut terlibat dengan penempatan berpusat itu adalah nelayan di Tengkera.


Menurut beliau, ketika ini sebut harga bagi kerja-kerja penambahan pancang serta tangga di jeti Klebang sedang dikeluarkan.


“Kita dalam perancangan yang dipanggil penempatan berkelompok yang mana nelayan di Kota Laksamana akan ditempatkan di jeti Klebang termasuk nelayan di Tengkera.


“Saya sudah melihat keadaan jeti dan ia mampu untuk tampung (penempatan berkelompok) dan pemindahan ini dijangka selesai pada tahun ini juga,” katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.


Terdahulu, Abdul Razak (BN-Telok Mas) menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berhubung rancangan kerajaan negeri untuk penempatan semula nelayan di Kota Laksamana yang terjejas akibat kerja penambakan laut.


Sementara itu, mengenai stor penyimpanan peralatan, Abdul Rahman memberitahu, kerajaan negeri akan memastikan kesemua 33 jeti di Melaka akan mempunyai kemudahan tersebut dalam tempoh tiga tahun.


Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu, hanya 15 jeti sahaja yang mempunyai stor penyimpanan.


“Terdapat lapan buah jeti di Jasin, namun hanya enam sahaja yang mempunyai stor sementara Alor Gajah dan Melaka Tengah, masing-masing memiliki enam dan tiga stor.


“Terdapat dua projek penyimpanan stor sedang dalam pembinaan iaitu di Umbai, Jasin dan Balik Batu, Alor Gajah. Sementara enam stor lagi bakal dibina menggunakan peruntukan daripada Tabng Amanah Nelayan Negeri Melaka,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!

13 views

Comments


bottom of page