top of page

Projek takungan air pinggiran sungai diperluas



KUALA SELANGOR: Kerajaan bercadang memperluaskan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) sebagai alternatif bagi sumber air mentah jika terdapat gangguan pada saluran utama sungai.


TAPS adalah kaedah penyimpanan air mentah dengan cara mewujudkan kolam di kawasan hilir dan pinggir sungai serta berhampiran loji dengan ia kini diguna pakai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.


Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata TAPS juga mampu membantu mengawal situasi banjir dan pelaksanaannya tidak memerlukan kos besar, selain mampu menjana ekonomi setempat.


"Selain itu, pembabitan masyarakat melalui Rakan Alam Sekitar dan Projek 10,000 kilometer (km) melalui Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) juga adalah antara inisiatif kementerian untuk melestarikan sungai.


"Dengan adanya denai atau laluan di sepanjang sungai ini, individu, masyarakat, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memantau dan melaporkan sendiri kepada pihak berkuasa secara terus memgenai sebarang aktiviti pencemaran yang berlaku di sumber.


"Kita juga bercadang menempatkan lima stesen pemantauan di 20 sungai utama bagi memantau kualiti air secara 'real time' yang akan memberi amaran awal dan mempercepat tindakan penguatkuasaan, jika mengesan sebarang pencemaran di sungai terbabit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Comments


bottom of page