top of page

Projek SPNB dijangka siap April tahun depan



Ahli Parlimen Jelebu berkata, ia membabitkan pembinaan di atas tanah seluas lapan hektar milik kerajaan yang sudah dipindah milik kepada 113 individu.


Projek berkenaan sepatutnya dimulakan pada 2004, namun tertangguh atas pelbagai faktor termasuk perlu menyelesaikan urusan pindah milik.


"Kerja infrastruktur antaranya membina jalan dan longkang membabitkan kos RM6.4 juta sedang berjalan dan akan siap tidak lama lagi.


"Rumah akan dibina di atas lot tanah pemilik oleh SPNB berdasarkan jumlah pinjaman dibuat mereka," katanya ketika melawat tapak projek berkenaan di Simpang Pertang, petang semalam.


Semua 113 individu berkenaan sudah membuat permohonan membina rumah dan jika berjalan lancar semua rumah akan siap dibina pada April 2021.


Semua individu terbabit tidak memiliki tanah bagi membina rumah SPNB yang ditawarkan pada harga dari RM75,000 menerusi Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan bayaran bulanan serendah RM300 bagi tempoh 16 tahun.


Sumber: Harian Metro

6 views
bottom of page