top of page

Projek 'Smart Street Pole' ganti 'Penang Free Wifi'


Gambar hiasan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan tawaran Permohonan Cadangan (RFP) untuk Projek 'Smart Street Pole' hujung tahun ini, sebagai pengganti perkhidmatan wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free WiFi' (PFW).


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata projek itu masih berada di peringkat awam dan kerajaan negeri pada masa ini sedang meneliti garis panduan projek berkenaan dengan pelbagai pihak berkepentingan yang terbabit sebelum RFP projek itu dapat dikeluarkan.


Beliau berkata, PFW sudah menerima banyak aduan awam mengenai kelajuan internet dan kos yang dibayar juga tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan yang juga antara sebab projek itu dihentikan.


"Kita sudah dua kali membuat RFP untuk projek PFW namun tidak mendapat bidaan yang menggalakkan dan kerajaan negeri sudah membuat keputusan bagi menghentikan projek tersebut.


"Projek tiang pintar ini akan menggantikan PFW...ia boleh dipasang bersama dengan kamera litar tertutup (CCTV), lampu jalan dan sebagai tiang komunikasi untuk perkhidmatan wifi," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) mengenai perkembangan projek PFW dan apakah kemudahan jaringan Internet yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk pelajar yang membuat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan pekerja yang berkerja dari rumah.


Zairil berkata, beberapa syarikat telekomunikasi yang berminat sudah melakukan percubaan dengan membina tiang pintar itu di beberapa kawasan strategik tetapi projek itu mengalami kelewatan dari segi pelaksanaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.


Sebagai permulaan, katanya, RFP projek itu akan dilakukan di semua daerah melalui Majlis Bandaraya masing-masing bagi mempelawa syarikat telekomunikasi yang berminat untuk membida projek ini.


"Tiang pintar ini akan dibina di kawasan awam seperti pasar awam, sekolah dan hospital dengan menawarkan perkhidmatan wifi percuma kepada penduduk sekitar," katanya.


PFW dilancarkan pada 2009 oleh kerajaan negeri dengan jumlah 'access point' sebanyak 1,560 di 40 kawasan Dewan Undangan Negeri namun akibat pelbagai aduan telah diterima oleh pengguna, ia telah dihentikan pada 2019. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page