top of page

Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 lewat 3.97%, punca utama kelewatan adalah kerana kerja-kerja pembinaan, operasi penuh KUTS Fasa 1 dijangka pada 2028

  • May 21, 2025
  • 1 min read

KUTS / Sarawak Metro
KUTS / Sarawak Metro

KUCHING, SARAWAK


  1. Kemajuan Projek Terkini:

    1. Sehingga April 2025, kemajuan sebenar projek KUTS Fasa 1 adalah 29.89% berbanding sasaran 33.86%.

    2. Berlaku kelewatan sebanyak -3.97% daripada jadual asal.

    3. Punca utama kelewatan: kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan.


  2. Jadual Operasi Terkini:

    • Operasi peringkat pertama (Laluan Biru: Rembus ke Riveria) dijangka bermula suku keempat 2026.

    • Operasi penuh keseluruhan KUTS Fasa 1 dijangka pada tahun 2028.


  3. Ciri-ciri Reka Bentuk Laluan & Stesen:

    • Di Jalan Wan Alwi, laluan dibina dalam bentuk jajaran bertingkat.

    • Dua stesen bertingkat disediakan:

      • Depan Vivacity Megamall.

      • Berdekatan Kuching Lodge School.

    • Tambahan satu stesen bertingkat di SM12 - Batu Lintang (berhadapan Pejabat JKR Bahagian Kuching).


  4. Sistem Kawalan Isyarat Pintar (TSP):

    • Transit Signal Priority (TSP) diwujudkan di persimpangan Jalan Bampfylde - Jalan Batu Lintang, berhampiran Lembaga Air Kuching.

    • TSP dijangka membantu pengurusan trafik semasa operasi sistem rel kelak.

Utusan Borneo / Patricia Gari

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page