Projek sekolah ditender semula


Laporan BH Online terdahulu

SHAH ALAM : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) mengesahkan projek pembinaan Kompleks Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, dihentikan berikutan penamatan khidmat kontraktor.


Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, ketika dihubungi berkata, projek itu diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan.


Beliau berkata maklumat awal diperoleh pihaknya ialah projek berkenaan dalam proses tender semula selepas khidmat kontraktor sedia ada ditamatkan.


"Bagaimanapun, JPNS akan membersihkan kawasan terbabit dan sekarang dalam proses penyediaan BQ (bill of quantities - untuk tender semula)," katanya.


Terdahulu, BH Online melaporkan projek pembinaan sekolah yang terhenti sejak Disember lalu itu menimbulkan tanda tanya penduduk.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #JPNS #kontraktor #sekolah

1 view0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.