Projek RM2.9 bilion Lebuhraya Lingkaran Pantai Utara (NCPR) sedia laluan alternatif ke Teluk Bahang
- Ridhwanisme
- Sep 9
- 1 min read

PULAU PINANG
Projek Lebuhraya Lingkaran Pantai Utara (NCPR)
Nilai projek: RM2.9 bilion.
Panjang keseluruhan: 10.61 km (8.41 km laluan darat + 2.2 km jejambat pesisir laut).
Laluan: Dari Jalan Tanjong Bungah → pesisir pantai (berhampiran Masjid Terapung) → merentasi laut berdekatan Shamrock → melalui Batu Ferringhi → tamat di Teluk Bahang.
Manfaat utama kepada pengguna
Masa perjalanan Tanjong Bungah - Teluk Bahang berkurang daripada 30–45 minit (waktu puncak) kepada 7 minit.
Menyediakan laluan alternatif sekiranya berlaku kemalangan, tanah runtuh atau pokok tumbang di Jalan Batu Ferringhi.
Meningkatkan aspek keselamatan, kelancaran trafik dan ketahanan infrastruktur.
Tempoh pelaksanaan
Pembinaan dijangka bermula pada 2026.
Tempoh siap keseluruhan: menjelang 2031.
Reka bentuk terperinci dan pindaan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sedang dimuktamadkan (jangka 1.5 tahun).
Pelaksana & kontraktor
Kontraktor utama: Consortium Zenith Construction (CZC).
Terlibat dalam reka bentuk, pindaan EIA, dan pelaksanaan kerja lapangan.
Kos dan pengambilan tanah
RM500 juta diperuntukkan khusus untuk pengambilan tanah.
Tanah kerajaan negeri boleh dimulakan pembinaan sebaik sahaja perjanjian dimeterai.
Lot persendirian dijangka memerlukan 6 - 12 bulan untuk diambil alih.
Kesan sosioekonomi
Projek dijangka membuka peluang pembangunan baharu di kawasan pesisir utara.
Meningkatkan daya saing Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan, pelancongan, dan penempatan.
Memastikan infrastruktur seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan urbanisasi.
Buletin Mutiara | Ainul Wardah Sohilli





Comments