top of page

Projek RES: Impian jadi kenyataan


Projek RES: Impian jadi kenyataan www.sarawakvoice.com

SIMANGGANG: Projek Skim Elektrik Luar Bandar (RES) bagi penyambungan bekalan elektrik dari Kampung Kaong ke Rumah Panjang Gunuong, Kampung Samak yang siap sepenuhnya melengkapkan Dun Simanggang dengan bekalan elektrik 100 peratus.


Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, projek itu membabitkan kos RM2 juta oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dilaksanakan oleh Seksyen RES Sarawak Energy Berhad (SEB).


“Ini merupakan projek akhir bagi liputan bekalan elektrik di kawasan Dun Simanggang.


“Biarpun mengalami pelbagai kekangan sejak dimulakan pada tahun lalu, berkat kesungguhan komitmen daripada pasukan RES dan kerjasama daripada pihak Sarawak Oil Palm Berhad (SOPB) yang memberi laluan untuk pemasangan tiang elektrik, impian penduduk menjadi kenyataan apabila bekalan elektrik mula beroperasi pada 18 Mei lalu,” katanya.


Adun Simanggang itu berkata demikian ketika merasmikan projek berkenaan, baru-baru ini.


Beliau menekankan budaya berterima kasih terhadap usaha kerajaan yang membekalkan kemudahan agar masyarakat secara keseluruhannya dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.


“Syukur, saya amat berpuas hati apabila permintaan penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan elektrik menjadi kenyataan.


“Dengan siapnya projek RES di Rumah Panjang Gunuong, Kampung Samak, ini menjadikan liputan elektrik sepenuhnya apabila kesemua kampung dalam Dun saya dapat dibekalkan dengan infrastruktur elektrik,” ujarnya.


Menyentuh soal pemohonan lewat atau tambahan, Harden menyatakan Kerajaan Sarawak dengan kerjasama SEB sedang melaksanakan projek untuk membekalkan elektrik kepada mereka melalui inisiatif Alaf.


Terdahulu Tuai Rumah Gunuong Kanang menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan GPS dan Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis kerana telah berusaha sehingga projek ini dapat disiapkan walaupun lewat daripada jadual.


Harden pada majlis tersebut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Samak berjumlah RM3,000, manakala RM2,000 untuk Biro Wanita bagi membiayai kegiatan sepanjang tahun.


Sumber: Sarawak Voice


1 view
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page