top of page

Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 siap Oktober - Nik Nazmi


Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 siap Oktober - Nik Nazmi
Gambar hiasan: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan

Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 siap Oktober - Nik Nazmi

TUMPAT: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 dijangka siap pada 17 Okt ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.


Beliau berkata projek yang dilaksanakan sejak 2018 itu melibatkan peruntukan bernilai RM699 juta.


"Projek Fasa 1 yang dijangka siap pada 17 Okt ini akan diteruskan dengan pelaksanaan PLSB Fasa 2 melibatkan peruntukan RM1.06 bilion pada September depan dan dijangka siap pada 2028," katanya pada sidang media selepas melawat Projek PLSB Sungai Kelantan di Teluk Renjuna di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata melalui pelaksanaan PLSB Fasa 1 dan 2, seluas 63,000 hektar kawasan banjir melibatkan 130,700 penduduk terutamanya di lembangan Sungai Kelantan seperti di Kota Bharu dan Tumpat akan dilindungi daripada risiko banjir.


"Skop projek meliputi komponen tebatan banjir, sungai, saliran mesra alam dan National Water Balance System (NAWABS).


"Ia turut memberi fokus kepada penyediaan infrastruktur tebatan banjir, sistem saliran berkonsepkan mesra alam, meningkatkan kapasiti dan kecekapan saluran sungai bagi mengurangkan impak banjir serta menjalankan kajian dan pembangunan sumber air negara," katanya.


Sumber: Astro Awani


Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 siap Oktober - Nik Nazmi

16 views

Comments


bottom of page