Projek pembentungan Sungai Ciliwung siap April ini
- Ridhwanisme
- Jan 26, 2023
- 1 min read

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyasarkan projek pembentung Sungai Ciliwung dan Terusan Banjir Timur (KBT) bakal siap pada April 2023.
Jokowi berkata, projek itu tergendala selama 6 tahun berikutan masalah proses pengambilan tanah.
“Mungkin April ini, saluran paip air Ciliwung akan siap selepas lebih 6 tahun dihentikan,” kata Jokowi selepas meninjau projek berkenaan.
Beliau mendedahkan masalah itu akhirnya diselesaikan oleh Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono sehingga projek itu dapat disambung semula.
“Saya terkejut juga Heru yang melakukannya. Saya tidak tahu apa pendekatannya, tetapi sudah selesai. Jadi saya datang ke sini untuk meninjau keadaan,” kata Jokowi.
Jokowi menegaskan, beliau yakin kawasan yang dilanda banjir di ibu kota akan berkurangan apabila projek pembetungan tersebut siap.
“Ini kerana masalah di bahagian hulu telah selesai dengan pengoperasian Empangan Ciawi dan Sukamahi yang berfungsi sebagai pengawal air yang mengalir ke arah Jakarta,” jelasnya.
Projek tersebut melibatkan saluran air di Sungai Ciliwung di kawasan Bidara Cina di Jakarta Timur dan di Terusan Banjir Timur di kawasan Kebon Nanas.
Air dari Sungai Ciliwung akan dapat dialihkan ke KBT melalui dua terowong sepanjang 1.3 kilometer dengan lebar terowong masing-masing 3.25 meter.
Jokowi berkata, pelepasan air yang boleh dialirkan sekitar 33 hingga 63 meter padu sesaat.-AGENSI
Sumber: Utusan
Comments