top of page

Projek naiktaraf LRA Kogopon dijangka siap lebih awal


Projek naiktaraf LRA Kogopon dijangka siap lebih awal
ARMIZAN (dua kanan) ketika melakukan tinjauan status kemajuan pelaksanaan projek naiktaraf LRA Kogopon di Papar. FOTO Yun Mikail

Projek naiktaraf LRA Kogopon dijangka siap lebih awal

Papar: Projek naiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon dijangka siap lebih awal berbanding tempoh asal sekaligus dilihat mampu menyelesaikan isu gangguan bekalan air bersih di daerah Papar.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan jangkaan awal projek naiktaraf berkenaan adalah bermula Ogos 2023 dan siap pada Ogos 2026 namun ia sudah siap 9.59 peratus setakat 25 April lalu.


"Status kemajuan projek kini pada tahap 9.59 peratus setakat 25 April lalu selepas ia mula dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu.


"Hal ini suatu perkembangan positif kerana sasaran awal status kemajuan projek bagi tempoh sama adalah 6.62 peratus.


"Kita sudah berjumpa dengan pihak kontraktor dan jaminan diberikan bahawa bahagian muka sauk serta loji rawatan air akan siap lebih awal selain boleh beroperasi dalam tempoh dua tahun berbanding tiga tahun mengikut jangkaan asal.


"Apabila projek naiktaraf ini siap kelak, loji ni boleh merawat tambahan 40 juta liter per hari (MLD) air untuk menampung keperluan di kawasan setempat.


"Oleh itu, saya sudah meminta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk membuat penyelarasan selain pelaksanaan projek bersama agensi terbabit," katanya.


Armizan berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan Tinjauan Status Kemajuan Pelaksanaan Projek Naiktaraf LRA Kogopon, dekat sini, hari ini.


Sementara itu, Armizan turut memaklumkan projek pembinaan muka sauk kedua membabitkan LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) dan LRA Jetama di Kampung Limbahau kini berada di peringkat akhir pemilihan reka bentuk.


Beliau berkata, reka bentuk projek tersebut akan disiapkan melalui perbincangan bersama JANS, Jetama dan pihak perunding dalam minggu ini.


"Reka bentuk berkenaan bakal dimuktamadkan selepas beberapa kali siri mesyuarat.


"Selepas itu pihak JANS akan mengangkat kertas pertimbangan ke jemaah menteri untuk memohon peruntukan sebenar kerana kos pelaksanaan projek yang diumumkan sebelum ini hanyalah anggaran.


"Sebaik sahaja kerajaan negeri memutuskan kos sebenarnya, maka proses perolehan boleh dibuat.


"Oleh itu, saya merayu kepada jabatan air dan kerajaan negeri supaya dalam tempoh satu bulan ini perolehan dapat dimuktamadkan untuk memudahkan proses pelantikan kontraktor dilaksanakan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Projek naiktaraf LRA Kogopon dijangka siap lebih awal

EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page