top of page

Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept


Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept
Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept

Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept

MELAKA: Projek menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian termasuk sawah padi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang bagi fasa kedua melibatkan peruntukan RM29.4 juta akan dilaksanakan pada September depan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.


Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan berkenaan akan dilaksanakan Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan bekalan air di kawasan tanaman pertanian DUN berkenaan mencukupi terutama ketika musim panas yang panjang. "Setakat ini, proses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan bagi kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian tersebut sedang dijalankan dan dijangka selesai Julai tahun ini.


"Projek menaik taraf sistem pengairan fasa kedua akan bermula September tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pesawah belia di Batang Tiga di sini pada Rabu.


Beliau berkata secara keseluruhan projek menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian di DUN berkenaan terbahagi kepada tiga fasa dengan fasa pertama melibatkan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan pada 2017.


Katanya pelaksanaan projek fasa kedua itu diharap dapat meningkatkan pengeluaran tanaman khususnya padi daripada dua kali setahun kepada lima kali dalam tempoh dua tahun sekali gus dapat menjamin sekuriti bekalan makanan negara.


Sementara itu, Lim berkata golongan pesawah padi atau petani belia diminta memanfaatkan pelbagai bantuan, insentif atau geran yang disediakan kerajaan antaranya di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Program Agropreneur Muda.


"Di bawah Program Agropreneur Muda, bantuan yang diberikan melibatkan beberapa sektor utama seperti tanaman, perikanan, penternakan serta industri makanan lain dan pemohon adalah berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya.


Lim turut menyampaikan sumbangan sebuah pam air bernilai hampir RM1,000 kepada Mohd Zubir Muhamat, 27, bagi membantunya menjalankan aktiviti penanaman padi di tanah miliknya seluas 2.02 hektar.


Sumber: Astro Awani


1 view

Comments


bottom of page