Projek naik taraf Simpang Batu 24 Pekan Nanas jadi keutamaan


PONTIAN - Projek naik taraf jalan dari Taman Emas Merah ke persimpangan Batu 24 berdekatan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas merupakan projek infrastruktur paling diutamakan di Pontian.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, selepas laluan sepanjang 1km itu dinaik taraf, kerja pelebaran jalan akan disambung sehingga ke bandar Pekan Nanas.


“Ada juga cadangan bina Pekan Nanas Bypass, tetapi projek ini masih belum mendapat lampu hijau di mana tiada lagi peruntukan diterima dari Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui di SMK Dato Penggawa Barat, semalam.


Sementara itu ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata, projek naik taraf jalan dari Taman Emas Merah ke persimpangan Batu 24 masih dalam kerja pembinaan walaupun projek berkenaan sepatutnya siap pada bulan ini.


“Projek dibiayai kerajaan negeri dengan kos pembinaan RM4.2 juta ini sudah mencapai 72 peratus pelaksanaan projek mengikut jadual.


“Projek ini perlu disiapkan segera bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas terutama pada sebelah pagi dan petang. Persimpangan Batu 24 menjadi laluan penting untuk pengguna jalan raya ke Gelang Patah, Skudai dan Johor Bahru,”katanya.


Mengulas tentang Pekan Nanas Bypas, katanya terdapat dua fasa pembinaan laluan pintasan yang telah dimasukkan kepada draf rancangan tempatan.


“Fasa pertama melibatkan Jalan Sawah ke Ulu Choh sepanjang 7.5 kilometer melibatkan kos anggaran sebanyak RM20 juta.


“Fasa kedua melibatkan laluan persimpangan Batu 29 ke Jalan Sawah,” katanya.


Jelasnya, cadangan pembinaan Pekan Nanas Bypass merupakan inisiatif diambil kerajaan bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di Pekan Nanas.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #jalanraya #infrastruktur

9 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.