Projek naik taraf Padang Ipoh diteruskan



IPOH – Projek menaik taraf Padang Ipoh akan diteruskan seperti yang dirancang kerana ia bakal memberi manfaat untuk menjadi daya tarikan pengunjung dan menghidupkan suasana malam di bandar ini yang kerap digambarkan sebagai bandar mati.


Pada masa sama, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu memastikan kerja-kerja yang sedang berjalan dilakukan mengikut aturan manakala pihak kontraktor pula mematuhi syarat-syarat kerja yang ditetapkan di lokasi bersejarah itu.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, anggota penguat kuasa perlu ditugaskan bagi memantau proses kerja agar tidak berlaku kerosakan pada kawasan padang tersebut.


Menurut beliau, pihaknya memandang serius serta mengambil maklum berhubung aduan awam tentang penggunaan kenderaan berat yang menyebabkan tanah pada sisi padang itu berlecak.


“MBI perlu memantau kerja-kerja kontraktor ini agar apa-apa lokasi berstatus warisan dijaga.


“Pada masa sama, kita juga mengakui ada kesilapan daripada pihak kontraktor apabila tidak meletakkan papan tanda kerja lalu menimbulkan pertanyaan dalam kalangan orang ramai,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada sesi penerangan kepada Pembantah Projek Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Padang Ipoh di Bangunan MBI di sini semalam.


Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.


Sesi itu diadakan susulan bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan wakil-wakil komuniti bandar ini yang tidak bersetuju kawasan padang berusia 130 tahun itu diusik dengan projek pembangunan.


Sumber: Kosmo


#evolusibina #Ipoh #Perak

1 view

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.