Projek naik taraf Jalan Donggongon-Tambunan bernilai RM299.76 juta dijangka siap Oktober 2026, penjimatan masa perjalanan sehingga 30 minit antara Kota Kinabalu ke Tambunan
- Ridhwanisme
- 7 days ago
- 1 min read

Nilai Projek & Tarikh Siap:
Projek menaik taraf Jalan Donggongon–Tambunan bernilai RM299.76 juta, dimulakan pada 25 Oktober 2022, dijangka siap pada Oktober 2026 – diluluskan di bawah Rolling Plan-2 RMK-11.
Kemajuan Terkini:
Sehingga kini, kemajuan fizikal hanya mencatat 13.06%. Walaupun peratusan ini kelihatan rendah, ia disebabkan oleh isu luar kawalan seperti pengambilan tanah.
Manfaat Projek:
Meningkatkan tahap perkhidmatan jalan (LOS) dari E ke C, khususnya semasa waktu puncak.
Penjimatan masa perjalanan sehingga 30 minit antara Kota Kinabalu ke Tambunan.
Mengurangkan kesesakan dan menambah baik sistem pengangkutan utama di Sabah.
Kekangan & Isu Kritikal:
Isu pengambilan tanah: Sebanyak 144 lot terlibat (98 lot tanah & 46 struktur).
Kos pengambilan tanah tinggi, peruntukan awal RM30 juta tidak mencukupi.
Kelewatan pembayaran pampasan menjejaskan kerja-kerja seperti pengalihan utiliti dan pembinaan fizikal.
Skop Utama Projek:
Jalan Penampang Bypass & Jalan Penampang–Tambunan: Daripada 4 lorong → 6 lorong sepanjang 2.5 km.
Dari Balai Polis Penampang ke Jalan Datuk Panglima Banting: 2 lorong → 4 lorong sepanjang 1.6 km.
Jalan Penampang Lama: 4 lorong → 6 lorong sepanjang 0.8 km.
Persimpangan Bertingkat Bulatan Sigah sepanjang 580 meter.
2 jambatan konkrit pratuang di Sungai Kibabaig (30 meter setiap satu).
3 pusingan U bermeter, 1 jejantas pejalan kaki.
Tindakan Lanjutan:
Mesyuarat koordinasi akan diadakan bersama agensi berkaitan bagi mempercepatkan penyelesaian isu tanah dan utiliti – penentu kepada kelancaran fasa pembinaan penuh.
Comments