top of page

Projek Kereta Kabel Bukit Bendera dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi Hartasuma Sdn. Bhd, bukan dibiayai oleh kerajaan negeri, menggunakan model Perkongsian Awam-Swasta (PPP)


Gambar ilustrasi projek kereta kabel Bukit Bendera
Gambar ilustrasi projek kereta kabel Bukit Bendera

GEORGE TOWN, PULAU PINANG


  1. Kos & Model Pembiayaan

    1. Kos projek dianggarkan RM245 juta.

    2. Dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi Hartasuma Sdn. Bhd.bukan dibiayai oleh kerajaan negeri.

    3. Menggunakan model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) berkonsepkan Reka Bentuk, Kewangan, Bina, Kendali dan Pemindahan (DFBOT).

    4. Tempoh konsesi: 30 tahun, selepas itu kemudahan akan dipindahkan kepada kerajaan negeri.


  2. Rakan Teknologi Antarabangsa

    • Hartasuma bekerjasama dengan Doppelmayr Seilbahnen GmbH (Austria), peneraju global dalam sistem ropeway.


  3. Komponen Projek Utama

    • Garden Station berhampiran Taman Botani.

    • Turn Station (stesen pertukaran).

    • Hill Station di puncak Bukit Bendera.

    • Kemudahan tempat letak kereta bertingkat.

    • Plaza komersial untuk pengunjung.


  4. Manfaat Pelaksanaan Projek

    • Meningkatkan akses pelancong ke Bukit Bendera.

    • Mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Taman Botani semasa musim puncak.

    • Menyumbang kepada peningkatan kualiti landskap dan ruang hijau.

    • Memberi impak sosio-ekonomi positif kepada komuniti setempat, terutama dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan pelancongan.


  5. Perancangan & Kelestarian

    • RFP asal dibuat pada tahun 2021, ketika fasa mencabar pasca-COVID-19.

    • Hartasuma komited meneruskan projek meskipun terdapat peningkatan kos bahan, buruh dan pelarasan reka bentuk.

    • Projek selaras dengan status Bukit Bendera sebagai Rizab Biosfera UNESCO dan ditekankan sebagai pembangunan mampan serta mesra alam.







Malaysia Gazette / Malinda Abdul Malik

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page