Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera


KUALA LUMPUR: Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion akan dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera sedia ada dan baru berdaftar, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Beliau berkata kerajaan membuka semula pendaftaran bagi Kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1) mulai 1 September 2019 dan menerima 946 permohonan pada akhir September.


“Kerajaan sedang menambah peluang kepada lebih ramai kontraktor Bumiputera untuk menyertai perolehan kerajaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #kontraktor

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.