Projek empangan melata utara Sarawak bermula, sasar penjanaan tenaga 1.5GW menjelang 2030
- Ridhwanisme
- Sep 23
- 1 min read

SARAWAK
Permulaan Projek Empangan Melata di Sarawak
Fasa pertama akan dimulakan di empat lembangan sungai bahagian utara Sarawak.
Daripada 12 lembangan sungai dikenal pasti, empat lokasi utama diberi keutamaan kerana potensi penjanaan tenaga sekitar 1.5GW.
Jadual dan Sasaran Tenaga
Projek kini masih di peringkat perancangan dengan butiran teknikal belum diumumkan.
Sasaran siap menjelang 2030, menyumbang kepada peningkatan kapasiti tenaga Sarawak kepada 10GW.
Komitmen Negeri terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui
Premier Sarawak sebelum ini menegaskan empangan melata merupakan sebahagian daripada strategi mengekalkan 60% kapasiti tenaga diperbaharui dalam campuran tenaga menjelang 2030.
Kajian mengenal pasti gabungan potensi 3GW daripada keseluruhan 12 lembangan sungai.
Lokasi Potensi Pembangunan
Antara sungai yang dikenal pasti: Tutoh, Baram, Tinjar (Miri), Gaat, Belaga, Danum, Balui, Katibas (Kapit), Trusan, Lawas, dan Limbang.
Fokus utama pada bahagian utara Sarawak, melibatkan kawasan Kapit, Miri, Lawas dan Limbang.
Kepentingan Industri & Ekonomi
Projek ini menyokong agenda Sarawak sebagai hab tenaga hijau ASEAN.
Mampu membuka peluang pelaburan swasta, kerja pembinaan, penyelidikan alam sekitar, dan penyertaan teknologi tenaga bersih.
Pengurusan sungai secara melata (cascading hydro) mengurangkan impak sosial berbanding empangan konvensional bersaiz mega.
Utusan Borneo | Marlinda Mardzuki





Comments