Projek ECRL telah mencapai 82.45% siap setakat April 2025, sasar 3,200 pelatih untuk fasa Operasi & Penyelenggaraan (O&M), latihan intensif setahun di Liuzhou, China
- Ridhwanisme
- May 7
- 2 min read

Kemajuan Keseluruhan
Projek ECRL telah mencapai 82.45% siap setakat April 2025.
Merangkumi empat negeri: Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Pemasangan Landasan
400km landasan utama dari Maran (Pahang) ke Kota Bharu (Kelantan) siap 2.5 bulan lebih awal dari jadual.
Fasa seterusnya: 100km landasan dari Maran ke Bentong bermula Mei 2025, siap hujung Jun 2025.
Jadual Penyiapan Jajaran
Fasa 1: Kota Bharu – Terminal Bersepadu Gombak, siap Disember 2026.
Fasa 2: Gombak – Pelabuhan Klang, siap Disember 2027.
Sistem Elektrifikasi & Teknologi
Elektrifikasi dimulakan sejak Mei 2024.
Merangkumi pemasangan sistem semboyan, telekomunikasi dan informasi.
9,000 tiang sistem katenari atas (OCS) telah dipasang; baki lebih kurang 2,700 tiang.
Terowong dan Alam Sekitar
41 buah terowong dibina sepanjang 69km untuk minimakan impak kepada hidupan liar dan kurangkan penebangan hutan.
Stesen ECRL
Pembinaan stesen berada dalam tahap memuaskan, dijangka siap suku kedua 2026.
Perolehan Tren
11 set tren EMU (6 gerabak) dari CRRC Dalian, tiba akhir 2025.
Kelajuan maksimum 160 km/j, masa perjalanan 4 jam dari Kota Bharu ke Gombak.
12 set E-Loco untuk kargo juga diperoleh, set pertama tiba akhir tahun ini.
Penubuhan Syarikat Operasi
Syarikat ECRL Operation Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi oleh MRL dan CCCC.
Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI-ECRL)
Tajaan RM12 juta oleh CCCC.
Sasaran: 3,200 pelatih untuk fasa Operasi & Penyelenggaraan (O&M).
Tahun 2025: 210 pelatih Malaysia ke Liuzhou, China untuk latihan intensif setahun.
Modul latihan merangkumi teori, amali dan pengalaman operasi rel sebenar.
Jawatan disasarkan termasuk:
Pembantu Atendan Stesen
Juruteknik Pengisyaratan
Pembantu Pemandu Keretapi
Juruteknik Talian Atas
Juruteknik Penyelenggaraan E-Loco & EMU
Jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan.





Comments