Projek bekalan elektrik di Sabah dipantau rapi



SEMUA projek bekalan elektrik yang sedang dijalankan di Sabah perlu dipantau rapi supaya mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan.


Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju berkata, ia bagi memastikan hak rakyat negeri itu terutama yang menetap di kawasan pedalaman terbela dan mendapat kemudahan elektrik.


Katanya, Jabatan Mineral dan Geosains juga diarahkan melaksanakan kajian penggunaan geoterma, arang batu dan Coal Bed Methane (CBM) sebagai sumber tenaga tanpa memudaratkan alam sekitar.



"Sebanyak 55 projek bekalan elektrik di Sabah dengan kos melebihi RM2 bilion sedang dilaksanakan.


"Daripada jumlah itu sebanyak 18 projek dalam fasa pra pelaksanaan, 17 projek sedang dilaksanakan manakala 20 lagi sudah pun siap," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, projek berkenaan memberi tumpuan kepada pengukuhan infrastruktur rangkaian bekalan elektrik, menambah baik kapasiti penjanaan elektrik dan pengurangan System Average Interruption Duration Index (Saidi).


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Perhutanan Sabah sedang merangka Rancangan Bagi Memperkasakan Pengurusan Hutan di negeri itu dengan peruntukan RM119 juta untuk membiayai 13 projek sejak 2016.


Menurutnya, kementeriannya sentiasa prihatin dalam merancang dan melaksanakan projek demi manfaat rakyat khususnya di Sabah.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #Sabah

1 view0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.