top of page

Projek baharu tarik pembeli


Projek baharu tarik pembeli
PROJEK baharu menarik perhatian pembeli walaupun dalam keadaan harga rumah yang meningkat.- GAMBAR HIASAN

Projek baharu tarik pembeli

JANGKAAN kenaikan harga rumah bagi separuh kedua 2023 mendorong segelintir individu menangguh terlebih dahulu pembelian, namun masih ada juga dalam kalangan mereka meneruskan hasrat membeli kediaman.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, individu bujang serta mereka yang sudah mendirikan rumah tangga berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri tahun ini ekoran khuatir harga rumah terus naik tahun hadapan dan seterusnya.


Bagi kakitangan kerajaan, Akmal Hakim, 32, biarpun ekonomi negara dikatakan masih tidak stabil, dia melihat beberapa projek perumahan baharu dibangunkan pemaju dan ia sekali gus memberi petanda bahawa sektor hartanah semakin baik.


Menurutnya, pelbagai projek perumahan baharu dengan harga berpatutan mengikut kelas pendapatan dilihat mampu menarik minat mereka yang sedang mencari kediaman untuk dibeli dan dijadikan sebagai aset.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Biarpun ada yang mengatakan harga rumah semakin mahal, bagi saya inilah masanya untuk saya membeli kediaman memandangkan harga setiap tahun naik dan ia tidak pernah turun, jadi sebelum naik lagi tahun hadapan lebih baik beli tahun ini.


“Lagi pula saya lihat beberapa kenalan bercerita mereka juga sudah membuat tempahan dan membeli rumah kerana terdapat beberapa projek baharu yang menarik pada harga berpatutan,” katanya.


Ditanya mengenai lokaliti dan jenis rumah yang beliau idamkan, Akmal berkata, dia sudah membuat tinjauan di beberapa galeri jualan dan mencari kediaman yang mempunyai kemudahan seperti berhampiran pengangkutan awam.


“Mungkin harga di mana lokaliti rumah mempunyai fasiliti yang lengkap seperti pasaraya, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) atau Transit Aliran Ringan (LRT) serta sekolah sedikit mahal tetapi ia memberi kemudahan kepada saya,” katanya.


Sementara itu berbeza pula bagi Muhammad Sufyan Hamdan, 21, sentiasa mengikuti perkembangan pasaran hartanah dalam negara memandangkan beliau berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri di usia muda.


Ujarnya, pasaran hartanah menyaksikan pertumbuhan ketara dan memberi cabaran kepada golongan muda yang baharu memasuki alam pekerjaan terutamanya untuk memiliki rumah sendiri.


“Beberapa faktor seperti ekonomi, urbanisasi dan permintaan untuk perumahan telah menyebabkan harga rumah naik dan akibatnya kami bakal pembeli berhadapan di dalam dilema sama ada untuk membeli rumah sekarang atau tunggu dahulu.


“Kekangan kewangan akibat hartanah yang mahal menyebabkan saya tidak praktikal untuk memikul tanggungjawab memiliki kediaman buat masa ini dan lebih selesa menyewa sehingga saya benar-benar berkemampuan,” katanya.


Tambahnya, meskipun memahami kepentingan melabur dalam hartanah untuk masa hadapan, keadaan semasa memerlukan beliau untuk menguruskan kewangannya dengan teliti terlebih dahulu.


“Menyewa atau meneroka pilihan perumahan alternatif lebih sejajar dengan keadaan saya sekarang, membolehkan saya terus fokus pada komitmen penting lain tanpa beban tambahan pemilikan rumah,” katanya.


Sumber: Utusan


Projek baharu tarik pembeli


7 views

Comments


bottom of page