PR1MA Rantau bakal siap guna kontraktor sedia ada, bukan penyelamat - Zuraida


SEREMBAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memutuskan kontraktor projek perumahan PR1MA di Bandar Ekar, Rantau akan dikekalkan dan membatalkan hasrat menggunakan kontraktor penyelamat.


Beliau membetulkan semula kenyataannya itu selepas merujuk beberapa pihak lain terutama melibatkan proses perundangan.


Semasa di Bandar Sri Sendayan pada pagi Ahad, beliau menyatakan akan berusaha mencari kontraktor penyelamat bagi menggantikan kontraktor sedia ada.


Beliau bagaimanapun akan memastikan projek berkenaan akan dapat disiapkan tahun depan.


“Pagi tadi saya bagi kenyataan kita dah dapat kontraktor penyelamat untuk projek ini tetapi saya semak balik dengan ahli lembaga PR1MA sebab pagi tadi saya semak dengan satu orang sahaja.


"Untuk mengelak isu komplikasi perundangan, jadi PR1MA memutuskan untuk meneruskan dengan kontraktor sama dengan pemantauan yang lebih rapi.


"Kontraktor itu adalah Bina Terbit,” katanya kepada media semasa bertemu sekumpulan pembeli rumah PR1MA Bandar Ekar, Rantau pada Ahad.


Pada masa sama, katanya, ia tidak akan melibatkan tambahan kos kepada pembeli.


“Tidak kos sama-sama cuma daripada pihak pembeli apa-apa projek yang lewat dia boleh minta LAD (Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan) itu insya-Allah bila projek sudah siap, rumah cantik boleh tinggal, boleh bincang dengan saya,” ujarnya.


Mengenai bayaran kepada kontraktor sebanyak RM13 juta yang masih tertangguh, Zuraida berkata kementeriannya akan menyelesaikannya bagi memastikan kerja-kerja pembinaan diteruskan.


“Yang itu kita akan selesaikan dan selepas itu boleh teruskan projek. Dalam situasi ini, PR1MA sudah di bawah KPKT maka kita akan selesaikan dengan cara menyeluruh,”tambahnya.


Pada Ahad, sekumpulan pembeli rumah PR1MA di Rantau menggesa pihak kementerian terlibat menyelesaikan isu pembinaan projek perumahan berkenaan yang masih terbengkalai.


Projek berkenaan sepatutnya siap sepenuhnya pada 31 Januari lalu.


Sumber: Astro Awani


#evolusibina #PR1MA

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.