PM tinjau projek bina jalan dusun di Ulu Kongsor
- Ridhwanisme
- Oct 27, 2024
- 1 min read

PADANG RENGAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau projek pembinaan jalan dusun bernilai RM1.3 juta di Ulu Kongsor, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, Ulu Kongsor adalah kawasan agropelancongan seluas 323 hektar meliputi 13 kawasan tapak perkhemahan, kawasan rekreasi dan dusun durian, tanaman pokok getah serta kelapa sawit yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.
"Saya terpesona melihat keindahan kawasan Pendusunan Ulu Kongsor yang cukup indah dan nyaman dengan kawasan ladang dan dusun yang menghijau serta air sungai yang jernih.
"Pembinaan jalan dusun baharu sepanjang tiga kilometer bernilai RM1.3 juta ini mungkin dilihat kecil sesetengah pihak yang mengukur kemajuan dengan projek raksasa, namun hakikatnya ia cukup penting untuk penduduk kampung, terutama pemilik dusun di sini.
"Insya-Allah, projek ini akan meningkatkan akses pelancong ke kawasan dusun apa ia siap pada hujung tahun ini, sekali gus melonjak pembangunan ekonomi tempatan dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Anwar turut memaklumkan tinjauan itu adalah program pertama sempena lawatan kerja ke Perak hari ini.
Sumber: Berita Harian
Comentários