top of page

PKNS lancar 200 unit kediaman Intana Ria 3 di Bangi


Projek Intana 3, di Bandar Baru Bangi PKNS
Projek Intana 3, di Bandar Baru Bangi

Projek Intana 3, di Bandar Baru Bangi PKNS

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek Intana Ria 3, di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM78 juta.


Intana Ria 3 dibina di kawasan seluas 2.82 ekar dengan menawarkan 200 unit sebagai pembangunan mampu milik dengan kepadatan rendah di dalam komuniti yang terkawal.


Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas, Intana Ria 3 merupakan fasa akhir projek kediaman Intana Ria yang dibina oleh PKNS sejak tahun 1998 di Bandar Baru Bangi.


Projek kediaman ini ditawarkan dengan saiz binaan seluas 906.86 kaki persegi untuk Jenis A1 dan A2, setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan peruntukan dua tempat letak kereta setiap satu.


Direka bentuk dengan konsep ruang terbuka, setiap unit menawarkan fleksibiliti yang lebih luas kepada satu keluarga dari segi penggunaan ruang yang ditunjukkan menerusi susun atur ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas.


Pintu masuk bilik dibina untuk menampakkan lebih privasi, manakala pencahayaan semula jadi dengan pengudaraan yang baik disepadukan melalui penempatan strategik tingkap di sekeliling unit, dengan siling yang tinggi.


Kediaman ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium luar, ruang musolla, bilik bacaan, dewan serbaguna dan taman permainan kanak-kanak yang boleh digunakan oleh semua penduduk bagi mengeratkan hubungan masyarakat setempat.


Kediaman ini ditawarkan pada harga bermula dari RM399,000 hingga RM423,000.



9 views

Comments


bottom of page