PKBM gesa intervensi segera kerajaan akibat lonjakan harga diesel
- 2 days ago
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Lonjakan harga diesel mengakibatkan tekanan kos ekstrem kepada kontraktor
Harga diesel industri meningkat daripada RM2.79 kepada RM6.85 seliter (+145% dalam <2 bulan).
Kenaikan ini memberi impak langsung kepada kos operasi jentera berat, pengangkutan bahan, dan keseluruhan rantaian logistik projek.
Kontraktor kecil dan sederhana paling terjejas kerana margin operasi yang terhad.
Kenaikan kos sewaan jentera dan logistik menekan aliran tunai
Lori 1 tan: sehingga RM450/hari
Lori 3 tan: sekitar RM550/hari
Excavator: sehingga RM1,300/hari
Backhoe: sekitar RM650/hari
Peningkatan kos ini menyebabkan ramai kontraktor menghentikan kerja kerana kos harian tidak lagi dapat ditampung.
Risiko kenaikan harga bahan binaan 30 - 40%
Bahan utama seperti simen, besi, dan komponen struktur dijangka melonjak akibat kos logistik dan pengeluaran yang lebih tinggi.
Kesan rantaian ini dijangka meningkatkan kos projek kerajaan dan swasta secara keseluruhan.
41,000 kontraktor kini berisiko terhenti operasi
Projek boleh terbengkalai.
Risiko kelewatan penyiapan projek meningkat.
Gangguan aliran tunai boleh menyebabkan syarikat menutup operasi.
PKBM gesa kerajaan pertimbang pelaksanaan semula VOP
VOP (Variation of Price) boleh membantu menyesuaikan kos kontrak dengan harga semasa.
Cadangan: aktifkan semula VOP secara sementara untuk elakkan projek terbengkalai dan menstabilkan aliran tunai kontraktor.
Cadangan strategi mitigasi jangka pendek & jangka panjang
Semakan semula kos projek sedia ada oleh kerajaan.
Kawal harga bahan binaan melalui mekanisme pasaran dan pemantauan pembekal.
Pertimbang pakej rangsangan khas bagi industri pembinaan.
Kerjasama trilateral: kerajaan – pembekal – kontraktor untuk menstabilkan pasaran.
Malaysia Gazette | Nur Adriana Azwa Rohan




Comments