PETRA siap 7 projek tenaga di Sabah & Labuan
- Ridhwanisme
- Jul 14
- 1 min read

KOTA KINABALU, SABAH
Tujuh projek tenaga utama di Sabah dan Labuan siap dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan nilai melebihi RM260 juta.
Memberi manfaat langsung kepada 60,434 pengguna melalui bekalan elektrik lebih stabil dan efisien.
Projek Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV Kota Kinabalu menggantikan sistem lama 66/11kV:
Melibatkan GIS 132kV & 33kV, transformer 132/33/11kV.
Menyokong bekalan ke KKIA dan Tanjung Aru.
Memberi manfaat kepada 11,452 pengguna.
Projek Sambungtara 132kV Labuan–Sipitang (Fasa 1):
Bernilai RM34.92 juta, siap Sept 2024.
Menara talian sepanjang 7km menuju ke Lawas.
Import kuasa 30MW dari Sarawak, kapasiti maksimum 500MW – integrasi dengan ASEAN Power Grid.
PPU 33/11kV Ranau (RM31.3 juta):
Siap Mac 2024, kurangkan kebergantungan diesel.
15,620 pengguna menerima bekalan grid.
PPU Batu Sapi (RM30.02 juta):
Siap Dis 2024, tingkatkan kecekapan agihan elektrik ke Sandakan dan kawasan sekitar.
4,744 pengguna mendapat manfaat.
Protection On-Line Monitoring (RM42 juta):
Pemasangan kabel gentian optik dasar laut dari Menumbok ke Tanjung Aru.
Tambah baik sistem perlindungan dan komunikasi.
PMU 132/33/11kV UMS (RM50.011 juta):
Siap Ogos 2024, naik taraf kapasiti dari 93.51MW ke 131.60MW.
Kurangkan SAIDI di kawasan Sulaman & Alamesra, manfaat kepada lebih 5,000 pengguna termasuk Hospital UMS.
Sistem Pengukuhan 11kV Labuan (RM6.3 juta):
Siap Nov 2024, naik taraf perlindungan di PPU Rancha-Rancha.
Menyokong pembangunan baharu di Labuan.
Komitmen PETRA & Kerajaan Persekutuan:
RM8.79 bilion diperuntukkan untuk 86 projek pembangunan di Sabah hingga Jun 2025.
Fokus utama: penyelesaian isu air dan tenaga – asas pembangunan ekonomi Sabah.
Sabah Media / Normimie Diun





Comments