top of page

Pesona Metro dapat kontrak MRCB Builders RM408.80 juta


KUALA LUMPUR: Pesona Metro Sdn Bhd (Pesona Metro), unit milik penuh Pesona Metro Holdings Bhd (PMHB) memperoleh kontrak struktur atas bernilai RM408.80 juta daripada MRCB Builders Sdn Bhd.


PMHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Pesona Metro diberikan kontrak pakej kerja struktur atas bagi sebuah projek pembangunan bercampur di Kuala Lumpur.


"Tempoh projek itu adalah 30.5 bulan bermula 18 Februari 2019,” kata syarikat itu sambil menambah projek itu dijangka dibiayai menerusi dana dalaman dan tidak memberikan kesan ke atas kadar tahap hutang kumpulan.


MRCB Builders adalah syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan kontraktor utama bagi projek berkenaan.

-BERNAMA


Sumber: Berita Harian


94 views
bottom of page