top of page

Peruntuk RM784 juta tahun ini untuk projek prasarana awam – KPKT


Peruntuk RM784 juta tahun ini untuk projek prasarana awam – KPKT
Gambar hiasan

Peruntuk RM784 juta tahun ini untuk projek prasarana awam – KPKT

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM784 juta bagi melaksanakan projek prasarana awam di seluruh negara tahun ini.


Peruntukan itu meningkat sebanyak RM84 juta berbanding tahun lalu bagi memastikan rakyat menikmati prasarana awam dengan selesa.


“KPKT telah mencipta sejarah tahun lalu apabila berjaya melaksanakan 5,196 projek menerusi peruntukan RM700 juta yang mana ia merupakan rekod tertinggi kementerian.


“Tahun ini, menerusi kelangsungan kecemerlangan kementerian KPKT akan membelanja RM784 juta dan ia adalah satu peningkatan yang mendadak.


“Misinya adalah untuk menyempurnakan 50,000 projek prasarana awam dalam tempoh 10 tahun iaitu dua penggal pilihan raya supaya rakyat dapat betul-betul menikmati dan melihat perubahan positif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim".


Pasar Awam Bukit Mertajam itu merupakan pasar awam pertama dibangunkan semula dengan reka seni bina yang dipilih meneruskan pertandingan yang disertai arkitek bertauliah.


Pembinaan pasar itu melibatkan peruntukan berjumlah RM24 juta dan dijangka siap 2026 selain bakal menjadi mercu tanda baharu Pulau Pinang.


KPKT turut memperuntukan RM110 juta dana khas tahun ini bagi usaha menaik taraf dan membina semua pasar-pasar awam seluruh negara.


Bagaimanapun, KPKT tidak memaklumkan pasar awam yang dikenal pasti untuk proses menaik taraf.


“Pihak KPKT harap mulai hari ini, mana-mana pembinaan semula pasar awam baru yang berskala besar seperti kompleks pasar Bukit Mertajam ini akan mengamalkan modus operandi yang sama iaitu kita akan buat pertandingan secara terbuka.


“Bayangkan 10 tahun akan datang pasar-pasar awam di Malaysia semua akan mempunyai ciri yang sendiri yang istimewa, menarik dan juga berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan".


Dalam perkembangan lain, KPKT juga akan mengkaji untuk meneruskan pertandingan mereka seni bina bagi projek perumahan rakyat (PPR) di seluruh negara.


“KPKT akan berbincang dengan pengurusan tertinggi kementerian mengenai perkara ini dan keputusan mengenainya akan dibuat dalam tahun ini.


“KPKT perlu mengkaji kebolehlaksanaan konsep ini kerana PPR membabitkan rumah strata bertingkat dan penelitian dari keselamatan sangat diperlukan”.



Peruntuk RM784 juta tahun ini untuk projek prasarana awam – KPKT

bottom of page