Pertambahan kenderaan dan pembangunan cetus risiko kesesakkan 'gridlock' di Penang
- 1 hour ago
- 2 min read

PULAU PINANG
Risiko gridlock semakin nyata di Pulau Pinang
Isu utama bukan sekadar kesesakan biasa, tetapi kapasiti rangkaian jalan yang semakin tidak sepadan dengan pertumbuhan kenderaan dan pembangunan.
Pada 2024, Pulau Pinang mempunyai kira-kira 1.8 juta penduduk berbanding 2.67 juta kenderaan berdaftar; 1.52 juta motosikal dan 1.15 juta kereta.
Nisbah kenderaan yang tinggi menunjukkan tekanan besar terhadap rangkaian jalan, khususnya ketika waktu puncak.
Koridor kritikal semakin tertekan
Antara kawasan yang dikenal pasti mengalami tekanan ialah:
Kedua-dua jambatan Pulau Pinang.
Batu Kawan.
Pendekatan utara menuju Pulau Pinang.
Plaza Tol Jawi dari arah Nibong Tebal.
Batu Kawan amat penting kerana ia berkembang sebagai pusat pembangunan perindustrian, komersial, kediaman dan pelaburan baharu.
Perancangan infrastruktur perlu mengambil kira kesan kumulatif beberapa projek, bukannya menilai setiap projek secara berasingan.
Pembangunan tanah tambak menjadi faktor penjana perjalanan
Pembangunan di kawasan tanah tambak menghasilkan trip generators baharu yang meningkatkan jumlah perjalanan.
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menjadi contoh apabila beberapa pembangunan mempunyai akses kepada jalan arteri yang sama.
Prinsip penting untuk pemaju: projek yang kelihatan kecil atau terkawal secara individu boleh menghasilkan kesan besar apabila beberapa projek tertumpu pada koridor yang sama.
Kekurangan data menjadi kelemahan perancangan
Pakar menggesa penggunaan data origin-destination (O-D) untuk mengetahui dari mana perjalanan bermula, ke mana ia berakhir dan bagaimana pembangunan mengubah pola mobiliti.
Data juga perlu mengambil kira:
Pertumbuhan ekonomi gig.
Jumlah dan jenis kenderaan berat.
Perubahan waktu perjalanan.
Corak perjalanan pekerja.
Kesan pembangunan baharu terhadap jalan sedia ada.
Pendekatan ini penting supaya penyelesaian tidak sekadar mengatasi simptom seperti kesesakan di satu persimpangan.
Pembangunan perlu bergerak seiring dengan kapasiti infrastruktur
Kelulusan pembangunan tidak boleh dipisahkan daripada kapasiti infrastruktur.
Kajian impak pembangunan perlu melihat jalan, simpang, lampu isyarat, saliran, parkir, pengangkutan awam, pejalan kaki dan basikal secara bersepadu.
Ini selari dengan prinsip Penang Infrastructure Corporation melalui Penang Transport Master Plan (PTMP), yang bertujuan meningkatkan rangkaian jalan, connectivity dan mod pengangkutan alternatif.
LRT bukan penyelesaian tunggal
LRT Laluan Mutiara dirancang sebagai tulang belakang rangkaian pengangkutan awam Pulau Pinang.
Projek ini mempunyai jajaran kira-kira 29.67 km dan 22 stesen, dengan operasi disasarkan bermula pada Disember 2031.
Namun, sistem rel perlu disokong oleh bas pengantara, laluan pejalan kaki, kemudahan basikal, park-and-ride serta integrasi dengan mod pengangkutan lain.
Infrastruktur rel sahaja tidak semestinya mengurangkan penggunaan kereta jika first-mile dan last-mile masih lemah.
Pendekatan tiga serampang diperlukan
Pakar mencadangkan pendekatan:
Kejuruteraan – naik taraf jalan, optimasi lampu isyarat dan menghapuskan bottleneck.
Pendidikan – mengubah tingkah laku pengguna jalan raya.
Penguatkuasaan – memastikan peraturan trafik dan keselamatan dipatuhi.
Pengurusan kesesakan juga perlu berjalan seiring dengan pengurusan keselamatan jalan raya.





Comments