top of page

Perolehan projek kecil secara undian, terbuka lebih telus


Perolehan projek kecil secara undian, terbuka lebih telus
Seramai 329 kontraktor kecil dalam kalangan kontraktor G1 terbabit dalam proses cabutan undi bagi 20 projek di Hulu Langat

Perolehan projek kecil secara undian, terbuka lebih telus

HULU LANGAT - Perolehan projek kecil dilakukan secara undian dan terbuka dapat meningkatkan ketelusan proses pemilihan kontraktor selain memastikan penyampaian perkhidmatan lebih terus dan berkualiti.


Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ir Mohd Zawawi Zakaria, pendekatan itu juga membuka peluang kontraktor baharu untuk menimba pengalaman sebelum dapat melaksanakan projek lebih kompleks.


"Dari segi pengalaman mungkin bukan satu elemen yang penting maknanya kita memberi ruang kepada kontraktor baharu, kontraktor G1 untuk dapatkan pengalaman sebelum melaksanakan kerja-kerja yang lebih kompleks.


"Kalau dah masuk (perolehan kerja) yang sebut harga, tender, yang itu mungkin spesifikasi atau kerja-kerja lebih kompleks berbanding kerja-kerja undi yang dilaksanakan pada hari ini," katanya kepada pemberita pada Jumaat


Beliau sebelum itu merasmikan Program Libat Urus Media: Gambaran Keseluruhan Kerja-Kerja Undi JKR Malaysia di JKR Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi di sini.


Sumber: Sinar Harian


Perolehan projek kecil secara undian, terbuka lebih telus

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page