top of page

Perolehan Petronas Gas RM5.5 bilion


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Petronas Gas Bhd. mencatatkan perolehan berjumlah RM5.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, meningkat 12.3 peratus didorong oleh kejayaan operasi Terminal Regasifikasi Gas Asli Cecair (LNG) di Pengerang, Johor.


Petronas Gas berkata, peningkatan tersebut juga disumbangkan oleh perolehan yang tinggi dalam segmen utiliti kumpulan.


Katanya, untuk tahun kewangan tersebut, kumpulan mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 4.4 peratus atau RM99.2 juta kepada RM2.4 bilion disumbangkan oleh pendapatan yang lebih tinggi tetapi diimbangi oleh kerugian daripada syarikat usahasama, Kimanis Power Sdn. Bhd. (KPSB) disebabkan oleh pengiktirafan aset cukai tertunda (DTA) berkaitan dengan faedah cukai tertentu yang kini mempunyai had penggunaan tujuh tahun di bawah Akta Kewangan baru 2018.


“Keuntungan untuk tahun ini meningkat sebanyak lima peratus kepada RM1.9 bilion seiring dengan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi. Tidak termasuk kesan DTA dari Kimanis, keuntungan bagi tahun ini dijangka lebih tinggi sebanyak 11.9 peratus atau RM215.6 juta,” katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia di sini hari ini.


Sumber: Utusan Online


69 views
bottom of page