top of page

Perlu lebih banyak papan tanda


Perlu lebih banyak papan tanda.
Gambar hiasan: Kes kemalangan maut yang berlaku di sepanjang jalan tersebut yang telah mengorbankan banyak nyawa dalam masa yang singkat.

Perlu lebih banyak papan tanda.

SIBU: Cawangan Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak digesa untuk menyediakan lebih banyak papan tanda dan papan amaran di sepanjang laluan Lebuh Raya Pan Borneo dari Sibu ke Selangau.


Adun Tamin Ir Christopher Gira Sambang membuat gesaan ini susulan kes kemalangan maut yang berlaku di sepanjang jalan tersebut yang telah mengorbankan banyak nyawa dalam masa yang singkat.


“Pihak berkenaan harus menerangkan kepada rakyat tentang penggunaan jalan yang betul, manakah laluan empat lorong yang sudah dibuka dan yang masih membuka dua lorong untuk laluan.


“Ini bukan hanya laluan Lebuh Raya Pan Borneo di Selangau sahaja malah keseluruhan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak ini bagi mengurangkan kecelakaan jalanraya,” katanya semalam.


Justeru, beliau meminta semua pengguna jalan supaya berhati-hati menggunakan laluan Lebuh Raya Pan Borneo


Menurutnya, baru dua hari yang lalu beliau simpati dengan kehilangan lapan nyawa dalam kecelakaan jalan raya di Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang laluan dari Sibu ke Selangau.


“Saya hendak menasihatkan semua orang yang membawa kenderaan semasa balik daripada bercuti Gawai ini supaya memandu mengikut had yang ditetapkan.


“Ini kerana laluan Lebuh Raya Pan Borneo banyak yang sudah dibuka kepada kenderaan tetapi ada bahagiannya dibuka empat lorong dan ada juga dibuka kepada dua lorong sahaja,” tegas beliau.


Menurutnya lagi, disebabkan itu ramai pengguna jalan raya yang keliru dan boleh mendatangkan kecelakaan.


Gira berkata, sikap pemandu yang suka mengambil jalan pintas disebabkan laluan untuk pusingan U agak jauh sehingga melawan laluan juga amat berbahaya yang boleh mendatangkan kemalangan.


“Patutlah setiap tanda amaran dan papan yang disediakan dan gunakanlah laluan pusingan U yang disediakan ini.


“Jangan menggunakan jalan pintas sesuka hati sehingga mendatangkan bahaya kepada orang lain dan jangan memandu terlalu laju,” tegas Gira.


Oleh itu, beliau mengingatkan semua pengguna jalan supaya berjimat cermat, bertimbang rasa dan mematuhi setiap tanda arahan yang disediakan kerana ‘malang tidak berbau’, bahawa kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.


“Saya berharap semua pengguna agar selamat sampai di destinasi masing-masing, sentiasa ingat keselamatan diri dan orang yang tersayang,” ujar beliau.


Sumber: Sarawak Voice


Perlu lebih banyak papan tanda.


Comments


bottom of page