Perencana Dingin, PT Inka tandatangan MoU


JAKARTA 29 Ogos - Pengeluar penghawa dingin Malaysia, Perencana Dingin Sdn. Bhd. (Perencana Dingin) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat milik Indonesia, PT Industri Kereta Api (PT Inka) untuk mengilangkan semula unit penghawa dingin di bawah jenama Dingin-Inka AC.


Pengarah Urusan Perencana Dingin, Azwan Omar berkata, kerjasama itu adalah yang pertama seumpamanya bagi kedua-dua negara sekali gus menunjukkan komitmen kukuh syarikat terhadap kemajuan industri kereta api di Asia Tenggara.


Katanya, di bawah MoU itu, syarikat berkenaan akan menubuhkan pusat pembuatan pertama bagi kilang sistem penyaman udara manakala PT Inka akan menjadi pengeluar bersepadu pertama serta akan menyediakan sokongan teknikal bagi sistem penyaman udara di Asia Tenggara.

“Malaysia dan Indonesia pihak telah memulakan projek infrastruktur kereta api berskala besar, dan oleh itu pertukaran maklumat mengenai operasi, pembinaan dan penyelenggaraan sistem keret api akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.


“Kerjasama ini merupakan peristiwa bersejarah bagi industri kereta api di kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Terdahulu MoU itu ditandatangani pada Isnin lalu diwakili Pengarah PT Inka, Ir. Budi Noviantoro manakala Perencana Dingin diwakili pengarah Urusannya.


Perencana Dingin merupakan sebuah syarikat Malaysia yang memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian menyeluruh penghawa dingin, termasuk pembuatan, kerja ubahsuai, pergudangan dan perkhidmatan.


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #Inka

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.