top of page

Perbadanan Labuan terima bangunan RM12 juta



LABUAN 22 Jan. - Perbadanan Labuan (LC) hari ini menerima bangunan komersial lima tingkat bernilai RM12 juta, yang akan membantu pihak berkuasa tempatan itu menjana pendapatannya.


Projek pembangunan bercampur itu yang terdiri daripada lot kedai dan ruang pejabat, dibangunkan oleh Hotel Aifa Sdn Bhd menerusi usaha sama antara dua pihak.


Pengerusi LC Datuk Seri Amir Hussien berkata penyerahan bangunan berkenaan dipersetujui selepas pemajunya memperoleh kelulusan untuk pembinaan Aifa Hotel 2 setinggi 13 tingkat di tanah LC.


"Kami berharap dapat meneroka pasaran khusus, menawarkan ruang pejabat kepada syarikat yang terlibat dalam sektor kewangan, yang kini perlu membuka pejabat di pulau berkenaan sebagai sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Labuan," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bangunan itu, di sini hari ini.


Beliau berkata LC menyasarkan pendapatan sekurang-kurangnya RM16 juta apabila premis tersebut disewakan.


Hotel 13 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan, dengan sekurang-kuragnya 140 bilik, merupakan rahmat kepada industri pelancongan Labuan disebabkan kekurangan bilik hotel bagi menampung peningkatan pelancongan ke pulau itu.


"Kami masih dalam perbincangan dengan pengurusan Hotel Aifa untuk menjadikan Hotel Aifa 2 sebagai hotel francais Tune Hotel, supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke Labuan," kata Amir.- BERNAMA


Sumber: Utusan


28 views
bottom of page