top of page

Penolong jurutera awam, JKR Raub direman lima hari bantu siasatan kes rasuah


Penolong jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub rasuah
PENOLONG jurutera awam bahagian jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub (tengah) direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB

Penolong jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub rasuah

KUANTAN: Seorang penolong jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM516,325.


Perintah tahanan reman lima hari sehingga 1 Mac depan dikeluarkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini.


Penjawat awam yang berusia 44 tahun itu didakwa meminta suapan antara RM1,000 hingga RM95,000 antara 2018 sehingga 2022.


Tertuduh yang bertugas di bahagian jalan, jabatan itu didapati memperoleh suapan daripada seorang kontraktor sebagai balasan mencadangkan syarikat proksinya diambil sebagai sub-kontraktor bagi projek pembaikan cerun daripada JKR Daerah Raub.


Dalam pada itu juga, tertuduh turut didapati membantu bagi mendapatkan bayaran tuntutan kerja membaiki cerun tersebut.


Penolong jurutera itu ditahan pukul 6.56 petang semalam ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang untuk dirakam keterangan.


Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Sumber: Utusan


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page