Pengurusan projek perlu tingkat kemampuan digital


Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz

KUALA LUMPUR: Pengurusan projek daripada pelbagai industri digesa menerapkan pendekatan lebih tangkas dengan meningkatkan kemampuan digital di samping meneroka cara baharu melangkaui penyelesaian projek.


Itu mesej jelas yang diketengahkan pemimpin industri semasa Persidangan Pengurusan Projek Antarabangsa (IPMC) 2020 yang menyaksikan penyertaan 1,497 peserta daripada 19 negara.


Persidangan bertemakan ‘Melangkaui Projek-Merangkul Era Baharu’ itu dirasmikan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.


Menurut Fadillah, setiap organisasi perlu melabur dalam membina set minda penyampaian yang tangkas sesuai dengan keadaan unik masing-masing bagi memastikan survival dan terus berkembang.


“Pengurus projek pada masa akan datang perlu menjadi semakin strategik dan terhubung di samping meningkatkan kemahiran baharu melangkaui amalan tradisional pengurusan projek.


“Hal demikian boleh membuatkan mereka meneroka bidang melangkaui hanya sekadar menyelesaikan sesebuah projek,” katanya dalam kenyataan.


Pandangan sama dikongsi oleh Tengku Muhammad Taufik dengan menekankan betapa pentingnya kemahiran digital dalam era teknologi.


“Dengan mengadaptasi pendekatan pengurusan projek yang lebih tangkas, industri akan dapat bertindak balas kepada cabaran baharu melibatkan teknologi baharu dan usaha sama.


“Oleh itu, sangat penting bagi industri mengembangkan keupayaan digital dan memupuk kemahiran kepemimpinan penyampaian projek yang menentukan cara baharu bekerja,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

5 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.