Pengarah JAS Johor bertukar ke Putrajaya


JOHOR BAHRU: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh, diarah bertukar ke Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkuat kuasa 1 April lalu.


Mohammad Ezanni yang mengesahkan perkara itu kepada BERNAMA, berkata beliau kini dilantik sebagai Ketua Unit Pengurusan Sisa Toksik dan Pembuangan Berjadual Kebangsaan.


“Ya, memang betul saya ditukarkan tetapi ini (pertukaran) adalah perkara yang positif, bukannya negatif.


“Saya menerima maklumat pertukaran minggu lalu, malah sekarang saya sudah berada di Putrajaya,” katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #DoE

64 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.