top of page

Penduduk gesa projek tebatan banjir disegerakan


Penduduk gesa projek tebatan banjir disegerakan Berita Harian www.bharian.com.my
Suriani Zakaria menunjukkan keadaan longkang yang tersumbat di depan rumahnya di Teluk Kalong. - Foto NSTP/Rosli Ilham

CHUKAI: Kira-kira 400 penduduk Kampung Teluk Kalong Kemaman Kemaman menuntut projek tebatan banjir disegerakan kerana tidak sanggup berhadapan kerosakan dan berpindah-randah setiap kali banjir berlaku.


Suriani Zakaria, 43, berkata, sudah tujuh tahun berhadapan masalah banjir, namun tiada tindakan diambil yang benar-benar menyelesaikan isu berkenaan.


"Apabila hujan seharian, saya dan keluarga mesti sukar tidur lena kerana bimbang rumah naik air dan banjir.


"Apabila ia berlaku, kami jadi lebih serabut kerana banyak barang rosak, letih berpindah-randah dan kerja mencuci sisa banjir yang memenatkan," katanya.


Bagi Ruzilawati Mohamad, 38, dia kecewa apabila janji pihak berkuasa untuk menangani masalah banjir termasuk dengan pembinaan tebatan seolah-olah tidak dilunaskan.

Keadaan air hujan yang mula memenuhi perumahan penduduk di Kampung Teluk Kalong. - Foto NSTP/Rosli Ilham

"Kita tunggu janji yang nak buat saluran dan sebagainya (untuk atasi banjir). Agak kecewa apabila ia masih tidak ditunaikan.


"Penduduk tiada pilihan melainkan terpaksa hadapi situasi ini setiap tahun, kita pun tidak mampu cari kediaman lain," katanya.


Ruslina Idrus, 34, turut sependapat berkata, kerja pembersihan longkang semata tidak mampu untuk mengurangkan masalah banjir lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.


"Projek tebatan banjir di kawasan ini perlu dibuat dengan segera kerana perkara ini sudah lama berlaku dan menyusahkan penduduk. Sampai bila kami perlu tanggung kerugian setiap kali banjir melanda," katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat, berkata kerja pembinaan projek tebatan banjir dan sungai tiruan bernilai RM12 juta sedang diatur.


"Kita berharap penduduk bersabar. Kerajaan faham masalah dihadapi penduduk di situ dan telah mengambil langkah melaksanakan projek tebatan banjir di situ," katanya.


Sumber: Berita Harian


6 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page